Thursday 8 December 2016

HAK kebebasan bersuara

Kebebasan bersuara menurut di sini adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan dari mana-mana pihak. namun di sini juga, kebebasan bersuara juga merangkumi tindakan mencari, mengumpul, menerima dan menyebarkan maklumat, pandangan atau idea dengan tidak mengira dimana sahaja.


Hak kebebasan bersuara telah diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. 



Namun, di dalam realiti sekarang hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di sesetengah negara dan lazimnya hak bersuara mempunyai hadnya sendiri. hal ini disebabkan pengguna yang bersuara biasanya konteks yang disuarakannya berlawanan dengan amalan sedia ada. 

di antara undang-undang yang berkaitan dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia;-
  • Akta hasutan 1948
  • Akta kefitnahan
  • Akta keselamatan dalam negeri
  • Akta rahsia rasmi 
  • Akta mesin cetak dan penerbitan 
  • Akta polis dan lain-lain akta yang berkaitan (termaksud kanun keseksaan)

di negara Malaysia khususnya adalah negara yang demokrasi telah mempraktiskan hak kebebasan bersuara seperti mana yang terkandung dalam perlembangan persekutuan. namun dalam masa yang sama hak ini sebenarnya tidak diberikan secara mutlak kepada rakyatnya. desakan-desakan telah diutarakan untuk menyelesaikan isu ini. semoga suara rakyat boleh didengari


No comments:

Post a Comment