Saturday 5 November 2016

HAK mendapat pendidikan

Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak bagi setiap manusia dan hak dasar setiap warganegara. Sebelum itu, kita terangkan apa itu hak mendapat pendidikan.

Hak pendidikan adalah salah satu hak asasi manusia dalam Peruntukan Perlembagaan Perseketuan mengenai Hak Asasi Manusia di Malaysia iaitu dalam Perkara 12.

Hak mendapat pendidikan ialah salah satu aspek yang penting untuk membangunkan pendidikan negara. Tetapi hakikatnya usaha ini seperti dasar mengembangkan kepribadian dan kemampuan seseorang itu sahaja.




Namun, adakah semua anak-anak di negara kita mendapat hak tersebut ? 

Sejak akhir-akhir ini sering kali saja media massa negara mengeluarkan isu mengenai anak yang tidak ke sekolah untuk mendapat pendidikan secara formal. 

Hal ini seakan akan melanggar hak asasi manusia apabila mereka mula ponteng dari mendapat pendidikan. Adakalanya terpaksa disebabkan ingin mencari wang dengan bekerja. Tidak kurang pula saja saja untuk dengan sengaja pontengkan diri dari menghadiri ke sekolah.











Dalam isu ini, pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar isu ini tidak berpanjangan dan meleret leret sehingga penghujung. Pendidikan amat penting dalam setiap rakyat dan ini boleh menjejaskan negara kita yang di kenali sebagai negara membangun 


-sumber-

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia_di_Malaysia 









No comments:

Post a Comment