Thursday 8 December 2016

HAK kebebasan bersuara

Kebebasan bersuara menurut di sini adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan dari mana-mana pihak. namun di sini juga, kebebasan bersuara juga merangkumi tindakan mencari, mengumpul, menerima dan menyebarkan maklumat, pandangan atau idea dengan tidak mengira dimana sahaja.


Hak kebebasan bersuara telah diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. 



Namun, di dalam realiti sekarang hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di sesetengah negara dan lazimnya hak bersuara mempunyai hadnya sendiri. hal ini disebabkan pengguna yang bersuara biasanya konteks yang disuarakannya berlawanan dengan amalan sedia ada. 

di antara undang-undang yang berkaitan dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia;-
  • Akta hasutan 1948
  • Akta kefitnahan
  • Akta keselamatan dalam negeri
  • Akta rahsia rasmi 
  • Akta mesin cetak dan penerbitan 
  • Akta polis dan lain-lain akta yang berkaitan (termaksud kanun keseksaan)

di negara Malaysia khususnya adalah negara yang demokrasi telah mempraktiskan hak kebebasan bersuara seperti mana yang terkandung dalam perlembangan persekutuan. namun dalam masa yang sama hak ini sebenarnya tidak diberikan secara mutlak kepada rakyatnya. desakan-desakan telah diutarakan untuk menyelesaikan isu ini. semoga suara rakyat boleh didengari


Tuesday 6 December 2016

HAK mengundi






Warganegara khususnya di sini warganegara Malaysia mempunyai hak dalam memilih atau mengundi sesiapa sahaja yang bagi mereka layak untuk menjadi seorang ketua untuk mereka. Namun sistem di Malaysia telah meletakkan syarat bagi seseorang itu apabila layak di gelar pemilih.

perkara paling asas adalah warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, bermastautin dan tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang.

apabila seseorang itu layak dan memenuhi syarat asas sebagai pengundi, seseorang itu mempunyai hak-hak dalam memilih dan mengundi. Hak sebagai pengundi.



sebagai pengundi anda sebenarnya mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja yang anda rasa layak untuk dijadikan ketua untuk kawasan anda sendiri. walaupun anda hanya mewakili satu undia namun hal ini boleh mempengaruhi undia tersebut. Dan ketika ini tiada paksaan yang boleh diberikan, termasuklah ugutan. selain itu, hak yang ada sebagai pengundi adalah rahsia undian itu sendiri. undian anda adalah rahsia.

sebagai seseorang yang layak mengundi, tanggungjawab untuk mengundi perlu dilaksakan. 



Thursday 1 December 2016

HAK kaum wanita

Sebenarnya kaum wanita di Malaysia begitu bertuah. Banyak kemudahan dan keistimewaan yang di beri kepada kaum ini. Tmabahan lagi, dalam pandangan Islam sendiri kaum wanita dipandang mulia.





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri telah mengeluarkan penyataan -usaha memastikan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan menikmaati kesaksamaan dalam hal ekonomi dan sosial. Malaysia telah melancarkan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi ganggu seksual di tempat kerja (1995) apabila isu-isu hak wanita semakin meningkat di negara. selain itu Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) juga tercipta untuk membela nasib wanita.



antara lain keistimewaan kaum wanita di Malaysia adalah



Kawasan tempat khas untuk wanita di dalam gerabak/train.





Kaum wanita juga di sambut setiap 8 Mac di seluruh dunia iaitu di kenali dengan International Women's Day.