Sunday 20 November 2016

HAK Pekerja

Hak pekerja di Malaysia telah diperuntukan di bawah Akta Kerja 1955. Pelbagai dasar, undang-undang dan akta telah digubal bagi menjamin keistimewaan dan menjamin hak-hak seorang pekerja. Setiap pekerja di Malaysia mempunyai hak-hak keistimewaaan sendiri sebagai seorang pekerja sebenarnya.




Namun Akta kerja 1955 tidak melarang majikan dan pekerja untuk tidak menetapkan sebarang syarat atau terma yang lain tetapi hal itu tidak boleh merugikan pekerja dan bertentangan dengan Akta. Akta ini secara generalnya menyetuh mengenai melindungi hak-hak pekerja di dala pekerjaan.




Antara hak-hak seorang pekerja :-

  • Hari Rehat. - Menurut akta, setiap pekerja hendaklah diberi sehari cuti dalam waktu seminggu.
  • Tempoh kerja. - Akta ini telah menetapkan tempoh maksimun kerja untuk setiap pekerja. 
  • Kerja lebih masa. - Majikan dilarang untuk membenarkan pekerjanya untuk bekerja melebihi 64 jam dalam tempoh masa sebulan.
  • Cuti umum. - Akta menetapkan sepuluh hari cuti umum bergaji iaitu 4 hari cuti umum yang ditetapkan oleh akta dan selebihnya oleh majikan 
  • Cuti tahunan.
  • Cuti sakit.



tetapi perkara ini tertakluk kepada pindaan yang terdapat dalam Akta kerja 1955 yang mungkin berlaku.





Sunday 13 November 2016

HAK Orang Kurang Upaya (OKU)

Apa yang boleh diterangkan dengan Orang Kurang Upaya atau singkatannya OKU adalah seseorang yang tidak berupaya untuk menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu. Tambahan juga individu ini tidak hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samada dari segi fizikal atau mental dan juga mungkin samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian hari.





OKU juga mempunyai hak-hak mereka tersendiri selain hak asasi manusia yang sedia ada. OKU mempunyai hak untuk hidup sebagaiman insan norma yang lain. 

Hak Oang Kurang Upaya (OKU) telah dibincangkan secara meluas. Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai 2010 , dengan reservasi ke atas Artikel 15 dan 18. CRPD merupakan satu langkah yang di jalankan bagi menunjukkan Malaysia untuk melaksanakan Hak asasi yang terkandung dalam CRPD menerusi tindakan.




Hak Hak OKU dan Keistimewaan :

  • Elaun pekerja cacat (EPC)
  • Pengecualian cukai jualan
  • pendidikan - pengecualian dari membayar pendaftaran pelajar
  • Bantuan alat tiruan dan alatan sokongan (BAT/S)
  • Bantuan OKU tidak bekerja (BTB)
   Antara hak lain:-

















Monday 7 November 2016

HAK Seorang Penulis

Penulis adalah salah satu kerjaya yang boleh di banggakan. Dengan hanya menulis, selain untuk kepuasan hati, menulis juga dapat meningkatkan sumber kewangan penulis tersebut.

Sebelum  ke tajuk utama terlebih dulu kita bahaskan mengenai Hak Cipta. Hak Cipta ialah satu set eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakkan kes adalah hak ini untuk tempoh masa yang terhad. Simbol untuk hak cipta adalah ©





Sama seperti profesion lain, penulis juga mempunyai hak-hak sendiri. Hak-Hak penulis dilindungi oleh Hukum Hak Cipta (copyright Law) yang telah diakui secara internasional.

Terdapat beberapa hak bagi penulis iaitu;-

  • Hak menerima royalti
  • Hak dalam mendapat bukti terbit



-sumber-

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_cipta 

Saturday 5 November 2016

HAK mendapat pendidikan

Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak bagi setiap manusia dan hak dasar setiap warganegara. Sebelum itu, kita terangkan apa itu hak mendapat pendidikan.

Hak pendidikan adalah salah satu hak asasi manusia dalam Peruntukan Perlembagaan Perseketuan mengenai Hak Asasi Manusia di Malaysia iaitu dalam Perkara 12.

Hak mendapat pendidikan ialah salah satu aspek yang penting untuk membangunkan pendidikan negara. Tetapi hakikatnya usaha ini seperti dasar mengembangkan kepribadian dan kemampuan seseorang itu sahaja.




Namun, adakah semua anak-anak di negara kita mendapat hak tersebut ? 

Sejak akhir-akhir ini sering kali saja media massa negara mengeluarkan isu mengenai anak yang tidak ke sekolah untuk mendapat pendidikan secara formal. 

Hal ini seakan akan melanggar hak asasi manusia apabila mereka mula ponteng dari mendapat pendidikan. Adakalanya terpaksa disebabkan ingin mencari wang dengan bekerja. Tidak kurang pula saja saja untuk dengan sengaja pontengkan diri dari menghadiri ke sekolah.











Dalam isu ini, pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar isu ini tidak berpanjangan dan meleret leret sehingga penghujung. Pendidikan amat penting dalam setiap rakyat dan ini boleh menjejaskan negara kita yang di kenali sebagai negara membangun 


-sumber-

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia_di_Malaysia