Monday 10 October 2016

apa itu HAK




Hak adalah sesuatu yang menjadi milik mutlak setiap orang sejak lahir bahkan sebelum lahir lagi. Lebih mudahnya, sesuatu yang di miliki secara semula jadi oleh setiap manusia. Penggunaannya tergantung pula kepada diri setiap individu tersebut.

Lazimnya dari segi masyarakat hak merujuk kepada sesuatu perkara yang boleh dilakukan atau patut diberi kepada orang ramai.

Biasanya hak wajib bagi manusia ialah Hak Asasi Manusia.



Namun, setiap kerajaan mempunyai kuasa untuk menentukan hak rakyat di negaranya sendiri. Terdapat beberapa negara yang hanya menggunakan Hak Asasi Manusia yang standard dan hak itu termaktub dalam perlembangan negara masing-masing. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat ada memberi hak untuk rakyatnya memiliki senjata (right to bear arms) tetapi di negara Malaysia hak ini tidak dilaksanankan.